Learning Al-Qur'an the QHS Way

Mengenai QHS Academy

QHS Academy ditubuhkah pada tahun 2017 bagi tujuan membantu rakan-rakan Muslim tempatan khususnya di negara Malaysia ini dan amnya rakan-rakan Muslim kita di negara-negara lain untuk menambahbaiki pendekatan pembelajaran mereka kepada ilmu al-qur’aan dengan cara yang lebih dinamik, kreatif dan berkesan. Dengan thema “Quranic”, “Holistic” dan “Symbiotic”, atau pendeknya QHS, nama academy in digubah untuk merancang dan mengendalikan program-program dan kelas-kelas al-Qur’aan yang menumpukan kepada pemahaman isikandungan dan penghayatan prinsip-prinsip al-Qur’aan dalam kehidupan rakan-rakan Muslim semua secara individu, masyarakat dan bernegara.


QHS Academy ini telah ditubuhkan sendiri oleh Dr Haji Kamal Abd Razak sebagai pengasas dan peneraju initiatif pembelajaran secara digital dan pendekatan yang unik bersesuaian untuk era digital ini.

Pengasas

Dr. Haji Kamal berkelayakan dengan ijazah PhD di dalam bidang Pengurusan dengan pengkhususan kepada pengajian al-Qur’aan dan Keusahawan di Malaysia University of Science and Technology (MUST), Kota Damansara, Selangor. Dr. Haji Kamal kini adalah seorang Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan di Univerisiti tersebut. Di antara matapelajaran yang dikendalikan oleh beliau ialah Pengurusan Strategik, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Perniagaan, Pengursan Pemasaran, Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

Dr. Haji Kamal mempunyai Sijil Usuluddin, Sijil Syariah dan Pengajian Al-Qur’aan di bawah program kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Universiti Malaya. Sebagai seorang imam di Masjid Nurul Yaqin, Kelana Jaya beliau telah mengikuti kursus Imam Professional yang dijalankan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS). Imam Dr. Haji Kamal seterusnya meneruskan pengajian al-Qur’aan dan mendapat sanad al-Qur’aan dari Sheikh Dr. Ahmad Mustofa As-Subhi, Mesir, Beliau memimpin beberapa program pengajian dan pemahaman al-Qur’aan di masjid-masjid di Kelana Jaya, Banting, Bangi, Selangor dan di Temerloh, Pahang dan juga secara atas talian.

Selain dari menjadi tenaga pengajar di Universiti, Imam Dr. Haji Kamal juga seorang usahawan dan mengendalikan beberapa program latihan sebagai Perunding utama PKA Consultancy and Services. Beliau adalah pengasas QHS Academy yang menawarkan bimbingan pendekatan al-Qur’aan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan antarabangsa dengan qoa’idah pendekatan yang komprehensif, kreatif dan integratif seperti , SQL, CEALoQ dan CIIDaH selain dari kelas-kelas bimbingan di tahap Pengenalan, Asas dan Intermediate.

Program Kami

Sasaran program QHS Academy adalah kepada rakan-rakan Muslim awam yang tidak ada latarbelakang pembelajaran Bahasa Arab tetapi bermotivasi tinggi untuk menguasai Bahasa Arab al-Qur’aan dan ingin berkongsikan ilmu penghayatan isikandungan al-Qur’aan dengan khalayak ramai. Mereka ini dijemput untuk meneroka pendekatan yang unggul dan berbeza dari program-program yang biasa mereka diperkenalkan sebelumnya. Fokus utama pembelajaran adalah termasuk:

Menguasai ilmu Bahasa Arab al-Qur’aan secara komprehensif dan simbiotik

Menguasai ilmu dan kemahiran pembelajaran al-Qur’aan melalui platform digital

Menguasai kemahiran menyampaikan ilmu penghayatan dan isikandungan al-Qur’aan kepada masyarakat sejagat dan antarabangsa

Garis panduan dan halatuju visi QHS Academy dengan konsep pembelajaran secara komprehensif dan simbiotik

Testimoni Peserta

Ayat-ayat Motivasi

QHS Academy mengendalikan kelas-kelas al-Qur’aan dengan memulakan perkongsian ayat-ayat al-Qur’aan yang menjadi motivasi kepada para peserta-peserta untuk terus berusaha menguasai ilmu Bahasa al-Qur’aan ini seperti;

  • Ayat 153
  • Ayat 186