Salam Sejahtera & Selamat Datang
Pusat Pembelajaran Bahasa Al-Qur'an Serantau Asia
Memacu Literasi Al-Qur'an Berteraskan Maqasid as-Syariah Melalui Sinergi Institusi dan Inovasi Ekosistem.
Diasaskan oleh Dr. Haji Kamal Abd Razak (Pensyarah Kanan & Perunding Utama PKA Consultancy). Membantu masyarakat tempatan dan serantau memahami isi kandungan serta menghayati prinsip Al-Qur'aan tanpa latar belakang Bahasa Arab yang sukar.
Asas kukuh berteraskan teks, sistem bahasa, dan panduan suci Al-Qur'aan sebagai teras pemikiran dan amalan harian.
Pendekatan komprehensif menyatukan pelbagai disiplin ilmu ke dalam sistem pembelajaran bersepadu yang sistematik.
Ilmu yang dikongsi bersama keluarga dan komuniti bagi mencipta ekosistem saling melengkapi dan memberi manfaat berpanjangan.
Program QHS Academy telah menerima pengiktirafan rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka, menandakan komitmen kami terhadap kualiti pengajian Al-Qur'an yang berlandaskan syariat dan selaras dengan kehendak institusi agama negeri.
Sasaran program QHS Academy adalah kepada rakan-rakan Muslim awam yang tidak ada latarbelakang pembelajaran Bahasa Arab tetapi bermotivasi tinggi untuk menguasai Bahasa Arab al-Qur'aan dan ingin berkongsikan ilmu penghayatan isikandungan al-Qur'aan dengan khalayak ramai. Mereka ini dijemput untuk meneroka pendekatan yang unggul dan berbeza dari program-program yang biasa mereka diperkenalkan sebelumnya. Fokus utama pembelajaran adalah termasuk:
Menguasai ilmu Bahasa Arab al-Qur'aan secara komprehensif dan simbiotik.
Menguasai ilmu dan kemahiran pembelajaran al-Qur'aan melalui platform digital.
Menguasai kemahiran menyampaikan ilmu penghayatan dan isikandungan al-Qur'aan kepada masyarakat sejagat dan antarabangsa.
"Garis panduan dan halatuju visi QHS Academy dengan konsep pembelajaran secara komprehensif dan simbiotik."
Dr. Haji Kamal berkelayakan dengan ijazah PhD di dalam bidang Pengurusan dengan pengkhususan kepada pengajian al-Qur'aan dan Keusahawanan di Malaysia University of Science and Technology (MUST), Kota Damansara, Selangor. Beliau kini adalah seorang Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan di universiti tersebut. Di antara matapelajaran yang dikendalikan oleh beliau ialah Pengurusan Strategik, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).
Beliau mempunyai Sijil Usuluddin, Sijil Syariah dan Pengajian Al-Qur'aan di bawah program kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Universiti Malaya. Sebagai seorang imam di Masjid Nurul Yaqin, Kelana Jaya, beliau telah mengikuti kursus Imam Professional yang dijalankan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).
Imam Dr. Haji Kamal seterusnya meneruskan pengajian al-Qur'aan dan mendapat sanad al-Qur'aan dari Sheikh Dr. Ahmad Mustofa As-Subhi, Mesir. Beliau memimpin beberapa program pengajian dan pemahaman al-Qur'aan di masjid-masjid di Kelana Jaya, Banting, Bangi, Selangor dan di Temerloh, Pahang serta secara atas talian.
Selain menjadi tenaga pengajar di universiti, beliau juga seorang usahawan dan mengendalikan beberapa program latihan sebagai Perunding Utama PKA Consultancy and Services. Beliau adalah pengasas QHS Academy yang menawarkan bimbingan pendekatan al-Qur'aan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan antarabangsa dengan qoa'idah pendekatan yang komprehensif, kreatif dan integratif seperti SQL, CEALoQ dan CIIDaH.
Pengiktirafan: Program QHS Academy telah diiktiraf oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka, memperkukuhkan lagi kredibiliti dan kualiti penyampaian ilmu Al-Qur'an.
Pusat Pembelajaran Bahasa Al-Qur'aan Serantau Asia
Berpusat di Alor Gajah, Melaka. Memanfaatkan alam semula jadi (pondok gazebo, landskap, kolam air) sebagai pemangkin ketenangan kognitif.
Capaian tanpa sempadan (Serantau Asia) menggunakan infrastruktur berkelajuan tinggi dan bilik darjah maya interaktif.
Kerjasama strategik bersama UiTM (Penyelidikan & Pembangunan), JAIM & Jabatan Mufti Melaka.
Program QHS Academy telah diiktiraf oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka.
7 Skop Pembelajaran & Formula Dekoder 8K
Asas pengenalan kepada struktur kalimah Arab.
Menganalisis peranan setiap kalimah dalam ayat.
Ilmu Sorof untuk membentuk dan mengubah kalimah.
Memindahkan makna dengan tepat tanpa bergantung pada terjemahan sedia ada.
Membaca dengan tartil dan betul dari segi hukum tajwid.
Latihan sebutan dan ejaan secara praktikal.
Kemahiran menulis ayat Al-Qur'an secara berdikari.
Merungkai rahsia bahasa tanpa bergantung kepada terjemahan sedia ada melalui integrasi Ilmu Tajwid, Nahwu (Sintaksis), dan Sorof (Morfologi).
QHS Academy mengendalikan kelas-kelas al-Qur'aan dengan memulakan perkongsian ayat-ayat yang menjadi pemangkin motivasi untuk terus menguasai ilmu Bahasa Al-Qur'aan:
| Nama Kursus | Tahap | Jadual Kelas | Yuran Bulanan |
|---|---|---|---|
| 1. Pengenalan kepada Bahasa Al-Qur'aan | Pengenalan | • Ahad Pagi • Rabu Malam |
RM100 |
| 2. Intensif Asas Bahasa Al-Qur'aan | Asas | • Isnin Malam • Khamis Malam • Sabtu & Ahad Petang |
RM200 |
| 3. Kelas Praktikal Pembinaan e-Book QHS (Surah Al-Baqoroh, Aali Imroan, Yaasiin & Al-Kahf) |
Pertengahan | • Ahad Malam • Selasa Malam • Khamis Malam |
RM200 |
| 4. Kelas Personal Coaching / Bimbingan Peribadi | Tenaga Pengajar | • Isnin (Pagi/Petang) • Khamis |
RM300 |
| 5. Bengkel Kemahiran Pemulisan Ayat Al-Qur'aan | Bengkel Pemantapan | • Ahad (Pagi & Petang) | RM50 |
| 6. Kelas Aplikasi Pagi (Isnin - Jumaat) | Program Awam | • Kelas Aplikasi Pagi (Isnin - Jumaat) | RM50 / bulan |
"Semoga yuran dan sumbangan yang diberikan membantu menampung keperluan operasi, agar kelas ini dapat terus berlangsung dan memberi manfaat kepada kita semua. Setiap sumbangan dihulurkan menjadi jariah yang mengalir berpanjangan."
"Pemahaman Al-Quran melalui konsep mengenal pembentukan dan penulisan terperinci (Kaedah QHS) membuatkan kita lebih mudah faham, yakin, dan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian."
"Dengan Dr. Kamal, rasa lebih mudah faham ilmu Sorof walaupun bukan dari aliran Bahasa Arab. Pendekatan yang sangat berbeza dan amat membantu!"
"Semakin jelas dan dapat pandangan helikopter (overview) tentang bahasa Al-Quran. Lebih mengerti erti membaca dengan tartil."
Mulai Oktober 2026, QHS Academy beralih kepada portal baharu bagi melancarkan pengurusan yuran, akses rakaman kelas, dan nota pembelajaran dengan lebih sistematik.
Klik Di Sini Untuk Mendaftar di Portal Baharu