PERHATIAN: Ini bukan kelas belajar mengaji. QHS Academy adalah full flagship training untuk anda faham maksud ayat-ayat Al Quran seperti mana anda baca buku Bahasa Inggeris
Persoalan....
Berapa Lama Anda Sudah Membaca Al Quran dan Adakah Anda Boleh menterjemah Al-Quran tanpa Melihat Terjemahannya?
Pernahkah Anda mengetahui fungsi WAZAN yang memberi impak terhadap satu-satu kalimah di dalam Al-Quran?
Al-Quran ialah 'mesej' dari Allah kepada hambaNya, tetapi adakah dengan belajar Tajwid dan bertaranum kita dapat memahami mesej ayat-ayat Al-Quran?
Apa yang perlu kita buat? Tonton Video ini
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, semoga kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya
Surah Yusuf, Ayat 2
Daripada penerangan di dalam video di atas, kita kena bersungguh-sungguh belajar Bahasa Arab Al-Quran
Kita nak ambil jurusan physics atau Medic tapi tak tahu English, then kita sanggup berkorban untuk belajar English semata-mata untuk memahami buku Physics atau Medic.
Bila kita mengaku Al-Quran itu adalah untuk kita, dan ada maklumat penting di dalamnya tetapi…..Dalam Bahasa Arab. Sanggupkah kita mengorbankan apa yang ada untuk mempelajari Bahasa Arab kerana nak menjiwai Al-Quran atau nak mendapatkan aura/feel dari Al-Quran itu dan nak tau isi kandungannya secara mendalam.
Teruskan baca kalau anda teringin sangat nak menghayati isi kandungan Al-Quran
Dah khatam Al-Quran 3/4 kali, dah belajar tajwid. Al-Quran pelbagai terjemahan dah beli . Tapi bila baca dan cuba menulis kalimah-kalimah Al-Fatihah ada yang tak faham apa yang Allah cuba sampaikan dan ada yang tidak mampu menulis kalimah dengan betul.
Ramai kan orang Malaysia macam tu?
Sebab apa?
Sebab orang Malaysia memang rajin baca Al-Quran, tapi sayang tak faham apa yang Allah cerita dalam Al-Quran. Rugi sangat tau!
Sedangkan ramai orang kita boleh tafsir konspirasi Covid-19, boleh ramal landskap politik Malaysia, hebat memberi comment pada artikel dan gossip dunia akhir zaman… TAPI BUKAN QURAN (iaitu kalam Allah yang agung!)
FAKTA:
Kebanyakan orang Islam di Malaysia selama ini lebih di dedahkan hanya kepada Tajwid, Hafalan dan Taranum dan bukannya pengisian.
Tahukah anda 90% orang Islam di Malaysia...
Bergantung pada translation dari apps dan Google.
Tak boleh nak faham ayat dari surah ke surah walaupun dah baca translation.
Tak boleh menulis ayat Al-Quran di atas kertas.
Ramai juga yang cakap “apa ni NOT MY LEVEL la belajar Al-Quran, saya dah tua, mana ada masa!”
Ada juga yang tak faham pun maksud Al-Fatihah walaupun setiap hari baca 17X!
Cuba faham kan apa firman Allah:
Allah Turunkan Al-Quran Bukan Untuk Di Baca Sahaja Tapi Untuk Faham!
Haaa. Allah dah tegur tu.
Ok sabar ye… Sebenarnya bukan salah anda.
Ye memang dah lama kita sebagai umat Islam di Malaysia tak semua ada peluang untuk belajar faham Al-Quran.
Alhamdulillah. Zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu.
Zaman dulu nak belajar Al-Quran kena berguru dekat sekolah pondok.
Ada yang merantau sampai ke Syria, Saudi, Yemen, Egypt untuk belajar maksud Al-Quran.
Access untuk dapat ilmu Al-Quran pun terhad, mana ada ustaz yang ajar online zaman dulu?
Tahap kesedaran tentang pentingnya untuk faham Al-Quran hanya sekadar dengar dari ceramah-ceramah ustaz di surau.
Dulu mak ayah kita pergi kerja, balik kerja dah penat. Nak masak lagi, nak uruskan homework anak lagi, nak fikir tentang tugasan kerja yang tertangguh lagi.
Fasiliti dan kemudahan untuk belajar Al-Quran pun tak banyak.
Sekarang dengan social media, FB dan Youtube, setiap hari ada ustaz yang berkongsi ilmu agama.
Menyedari Al-Quran diturunkan adalah untuk kita
Bukan hanya untuk Rasulullah saw dan para Sahabat. Ia untuk kita baca…..difahami……dihayati…….diamalkan…..then disebarkan dengan mengambil tugas Rasulullah saw iaitu “menyampaikan”. Bukan sekadar membaca dengan tajwid dan taranum, tetapi mestilah juga dengan maksud disebalik ayat-ayat yang dibaca. Membaca sesuatu untuk kita, lebih bermakna berbanding membaca orang lain punya. So….Al-Quran itu untuk kita semua.
Siapa yang harus masuk ke Program ini?
Individu tidak kira usia yang minat membaca Al-Quran tapi belum menguasai terjemahan
Individu yang masih belum menguasai bacaan Al-Quran
Individu yang sudah lancar membaca Al-Quran dengan Tajwid yang betul , tetapi belum dapat menghayati makna Al-Quran
Individu yang minat dengan Asbab al-Nuzul
Individu yang minat mentadabbur dengan isi Al-Quran
Individu yang ingin menghafaz Al-Quran , kerana memahami ilmu Nahwu merupakan strategi untuk mudah menghafaz
Pendaftaran Terbuka juga kepada negara jiran Singapura dan Brunei
E-Book Percuma, satu-satunya e-book menerangkan Kaedah Nahu, Sorof dan Tajwid di dalam Surah Al-Fatihah
Saya Nak Memperkenalkan Anda Quranic Holistic Symbiotic (QHS) Academy.
Dr Haji Kamal Abdul Razak
Dr. Haji Kamal berkelayakan dengan ijazah PhD di dalam bidang Al-Qur’an dan Pengurusan Keusahawan di Malaysia University of Science and Technology (MUST), Kota Damansara, Selangor. Dr. Haji Kamal kini adalah seorang Pensyarah Kanan dan Ketua Program di univerisiti tersebut. Di antara matapelajaran yang dikendalikan oleh beliau ialah Pengurusan Strategik, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi Perniagaan, Pengurusan Pemasaran, Pengajian Islam, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selain dari menjadi tenaga pengajar di Universiti, Imam Dr. Haji Kamal juga seorang usahawan dan mengendalikan beberapa program latihan sebagai Perunding utama PKA Consultancy and Services. Beliau adalah pengasas QHS Academy yang menawarkan bimbingan pendekatan Al-Qur’an kepada masyarakat Islam di Malaysia dan antarabangsa dengan kaedah yang komprehensif, kreatif dan integratif seperti , SQL, CEALoQ dan CIIDaH.
Anda akan faham bagaimana perkataan dalam Quran terbentuk daripada kata dasarnya untuk memantapkan lagi pemahaman maksud perkataan serta ayat yang dibaca
Ilmu Tajweed
Mengetahui ilmu tajweed dengan aplikasi mudah
Terjemahan Kalimah (Harfiah)
Memiliki skill untuk menterjemah dan menjelaskan maksud ayat-ayat Quran yang dibaca ke bahasa anda sendiri sebagai aplikasi untuk peringatan diri sendiri serta kepada orang lain
Penulisan Kalimah & Ayat al-Quran
Memiliki skill untuk menterjemah dan menjelaskan maksud ayat-ayat Quran yang dibaca ke bahasa anda sendiri sebagai aplikasi untuk peringatan diri sendiri serta kepada orang lain
Nahwu, Sorof & Case Ending
Belajar pembentukan ayat, formasi ayat dengan maksud yang berbeza, dan kenal pasti makna setiap perkataan dan ayat Quran di setiap surah
Qo'idah Contextual Syntext
Kaedah berpandukan atau berasaskan keadaan yang terjadi berdasarkan peristiwa, penyataan atau idea dalam susunan perkataan dan frasa untuk membina bentuk perkataan dalam bahasa Arab al-Quran.
Train The Trainer
Student yang dah graduate boleh diserap menjadi tenaga pengajar QHS Academy untuk aplikasi praktikal menyebarkan manfaat mukjizat al-Quran ke seluruh alam dan boleh juga menjadi career professional lumayan di masa hadapan sebagai ‘certified trainer’.
Antara Peserta Yang Telah Menjadi Tenaga Pengajar
Testimoni Dari Sahabat QHS Academy
Testimoni Video 1
Testimoni Video 2
Testimoni Video 3
Jom Jadi Sahabat QHS Academy.
Semoga Bermanfaat Di Dunia & Akhirat. InsyaAllah.
Klik Daftar Sekarang untuk join QHS Academy.
Selepas anda daftar, anda akan terus dapat access ke Whatsapp Group dan Facebook Group Sahabat QHS Academy.
Masih Belum Yakin Nak Jadi Sahabat?
Nothing is easy. Nak belajar dan faham al-Quran perlukan masa dan kesabaran. InsyaAllah dengan guru yang betul, method yang betul, proses pembelajaran akan lebih efektif dan mudah. Dengan izin Allah, semoga semuanya di permudahkan.
Biar la lambat, asalkan ada impian dan cita cita untuk belajar maksud al-Quran. InsyaAllah, Allah pandang segala usaha yang kita semua lakukan untuk mencari redha-Nya.
Lambat Laju Bukan Penghalang. Allah Pandang Usaha Hambanya Untuk Berubah Jadi Insan Yang Terbaik Di Sisi-Nya.
Ini adalah contoh acuan Wazan yang akan dipelajari di dalam kelas QHS Academy. Ketahui bagaimana peranan Wazan menentukan makna kalimah Bahasa Arab Al-Quran.
Jom Jadi Sahabat QHS Academy.
InsyaAllah semoga dengan belajar Bahasa Arab Al-Quran juga, kefahaman dan kekhusyukan akan bertambah di dalam bacaan solat dan doa harian kita.
P/S: Selepas anda daftar sila check email dari QHS Academy. Anda akan dapat link access ke Whatsapp Group dan Laman Web Learning Modules Repository . Semua training dan modul QHS Academy ada dalam Laman Web. Kita jumpa nanti, insyaAllah.
Pendaftaran Terbuka juga kepada negara Jiran Singapura dan Brunei
E-Book Percuma, satu-satunya e-book menerangkan Kaedah Nahu, Sorof dan Tajwid di dalam Surah Al-Fatihah
Kelas Pertama akan bermula di bulan Feb 2025
Pendaftaran dibuka:
Days
Hours
Minutes
Seconds
Untuk mendaftar secara online, klik butang daftar di atas
Untuk mendaftar secara pindahan wang (money transfer) atau deposit melalui Cash Deposit Machine (CDM) boleh hubungi Admin
Peserta dari negara jiran, Singapura atau Brunei jika mengalami masalah buat pembayaran yuran secara kredit kad, boleh buat pembayaran secara pindahan wang (money transfer) berdasarkan nombor akaun di bawah
Kami mengalu-alukan juga infaq/ sumbangan orang ramai kepada QHS Academy di dalam misi dakwah kami untuk menjadikan program pembelajaran Bahasa Arab di kalangan masyarakat berpanjangan dan sentiasa subur serta dapat diperluaskan kesedaran untuk memahami Bahasa Arab Al-Qur'an.
Semoga setiap infaq/sumbangan yang Tuan-tuan/Puan-puan berikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan/Puan dengan sebaik-baik ganjaran.
InsyaAllah.
Jika berminat untuk menghadiri kelas preview ongoing di waktu 7.15 pagi, Isnin - Jumaat untuk mendengar perkongsian dari Dr Hj Kamal mengenai kupasan kalimah Al-Qur'an boleh click button whatsapp di bawah